Aktif Berdakwah, Saharul Ridzwan Tak Risau Orang Lupa Nama
Sudah dua tahun meninggalkan dunia lakonan pelakon Saharul Ridzwan berkata dia mengakui rindu untuk beraksi di depan kamera.
Memetik mStar Online, Saharul berkata sudah pasti dia rindukan dunia lakonan apatah lagi sudah 10 tahun dalam industri.
BACA: Isteri Saharul Ridzwan Selamat Bersalin Anak Ketiga
“Perasaan rindu itu pasti ada sebab 10 tahun saya berada dalam industri hiburan ini tapi kehidupan saya hari ini bukan untuk lakukan apa yang saya suka sebaliknya untuk melakukan perkara yang Nabi dan Allah suka,” katanya.
Dalam pada itu, Shaharul berkata dia tidak menolak kemungkinan untuk kembali beraksi sekiranya diberikan peluang.
“Mungkin untuk lihat saya muncul di mana-mana anugerah itu tak ada sebab saya tidak ada lagi dalam industri ini sebab drama saya pun dah tiada.
“Banyak juga permintaan daripada peminat untuk melihat saya kembali aktif terutamanya kelab peminat iaitu Sr Tiger, tapi itulah saya pasti insyaAllah satu hari nanti saya muncul semula,” katanya.
Sementara itu, Saharul berkata dia tidak kisah jika orang melupakan dirinya namun jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah jika dia sudah tiada nanti.
“Saya tak kisah orang lupa saya, tak apa, tapi jangan lupa sedekahkan Al-fatihah nanti kalau saya meninggal. Kalau saya meninggal nanti, mestilah ramai datang cover kan? Saya harap orang ingat saya sebagai hamba Allah yang nak berhijrah dan sentiasa doakan saya,”katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Industry hiburan ni pelakon dtg dan pergi silih berganti. Mungkin ada yg masih nk kekal berlakon hingga ke hujung usia tp populariti itu pasti akan ada tempoh berhentinya. Rezeki ada di mana2 andai kita kuat ikhtiar dan usaha kejayaan bkn hanya dlm satu bidang saja. Ramai je yg berceramah agama hidup senang kaya raya. Bkn sebab mrk jual agama utk dpt ganjaran dunia tp jika org yg x kenal Tuhan pun boleh kaya raya jadi kenapa org2 agama tak boleh kaya?