fbpx

Isteri Saharul Ridzwan Selamat Bersalin Anak Ketiga

Tahniah diucapkan buat pelakon Saharul Ridzwan selepas isterinya, Deena Amir selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka, bayi perempuan.

Berita gembira itu dimaklumkan oleh Saharul menerusi Instagram miliknya semalam serta meluahkan rasa syukur di atas segalanya.

BACA: “Jangan Sesekali Sanjung Saya” – Saharul Ridzwan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Saharul Ridzwan (@saharulridzwan)

Menerusi entri itu, Saharul turut memuat naik video memaparkan dirinya sedang memangku anak ketiga yang baru dilahirkan itu. Bagaimanapun, setakat ini Saharul belum mendedahkan wajah anak perempuannya.

Saharul dan Deena mendiriman rumah tangga pada September 2016. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahara.