fbpx

Aksi Nakal & Licik Peter Rabbit Buat Penonton Bengang!

Baru-baru ini, kami berpeluang menonton pra-tayangan filem Peter Rabbit. Apa yang pasti, anda memang akan puas hati dan tak boleh berhenti bercakap tentang filem ini.

Sekarang dah musim cuti sekolah, memang sesuai sangat jika anda bawa anak-anak menonton filem Peter Rabbit. Diadaptasi daripada buku cerita kanak-kanak berjudul The Tale of Peter Rabbit, filem ini  buatkan anda geram dengan aksi nakal Peter Rabbit.

Kami kongsikan dengan anda beberapa sebab kenapa anda perlu tonton filem ini.

1. Memang sesuai untuk seisi keluarga

Apa kata musim sekolah ini anda luangkan masa bersama anak-anak. Jangan asyik sibuk dengan kerja je. Filem ini memang seronok ditonton seisi keluarga.

Kami dapat lihat ramai ibu bapa yang membawa anak-anak menonton filem ini. Tak ada la anak-anak sibuk melekat dengan gajet je, barulah bertambah erat hubungan.

2. Banyak mesej kekeluargaan & realiti sebenar kehidupan

Peter Rabbit adalah arnab yang nakal dan selalu buat masalah tetapi baik hati . Peter tinggal di dalam sebuah lubang bersama adik-beradiknya dan sepupu mereka Benjamin. Peter merupakan ketua keluarga selepas kehilangan bapanya. Peter sanggup menyelinap ke kebun McGregor untuk mencuri buah-buahan dan sayur-sayuran untuk keluarganya.

Tak kisah masalah apa yang Peter selalu cetuskan, Benjamin, sepupu kepada Peter, sentiasa ada bersama Peter dan seorang yang baik hati. Selalu beri amaran di atas setiap kerosakan yang Peter lakukan.

Keadaan berubah apabila Thomas datang ke kampung tersebut menguruskan harta bapa saudaranya, Mr Mcgregor yang meninggal dunia kerana sakit jantung.

Dalam filem ini, anda dapat lihat hubungan erat antara Peter dan ahli keluarganya untuk memastikan dia dan keluarganya untuk terus tinggal disitu walaupun perlu berlawan dengan Thomas. Namun akhirnya, Peter dan Thomas bergabung selepas terjadinya satu insiden. Filem ini memaparkan mesej penting tentang manusia perlu sayangkan haiwan.

Dalam masa yang sama, filem ini turut menceritakan tentang Thomas yang tidak mengetahui bahawa dia mempunyai bapa saudara memandangkan dia tidak rapat dengan ahli keluarganya. Rasanya banyak terjadi di luar sana, ada yang tidak kenal dengan saudara mara sendiri.

3. Mesej baik untuk anak-anak

Anda wajib bawa anak anda untuk menonton filem ini kerana banyak nilai penting yang mereka akan belajar. Kalau dah nama pun budak-budak, mestilah nakal. Namun, banyak perkara mereka akan pelajari menerusi filem ini.

Walaupun Peter seorang yang nakal dan licik, namun dia seorang yang baik hati dan suka membantu. Peter juga sangat sayangkan keluarganya. Perkara ini perlu diterapkan dalam setiap anak-anak. Tentunya ini antara mesej yang ingin disampaikan oleh pengarah, Will Gluck.