fbpx

Akim Ahmad & Stacy AF Mahu Kahwin Tahun Depan

Setelah melangsungkan pertunangan baru-baru ini, penyanyi Akim Ahmad dan juga Stacy AF memberitahu bahawa mereka akan bernikah pada tahun hadapan namun tarikh masih lagi dalam perbincangan.

BACA: Keluarga Mahu Akim Ahmad & Stacy Kahwin Segera

“Saya tidak boleh cakap lebih sebab perkara kahwin belum difikirkan buat masa sekarang. Ia masih belum dibincangkan oleh kedua-dua pihak dan sampai masanya nanti kami akan beritahu kepada semua,” jelas Stacy kepada Kosmo!

Selain itu, Stacy juga menjelaskan bahawa dia mengadakan majlis pertunangannya secara rahsia dah hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat selain menafikan bahawa mereka berahsia mengenai perkara tersebut.

“Kami bukannya sengaja mahu berahsia, sebaliknya saya tidak mahu terlalu terbuka berkongsi soal peribadi dengan khalayak. Lagipun, majlis pertunangan kami diputuskan dua minggu sebelum ia dilangsungkan. Itu pun atas permintaan keluarga yang mahukan perkara baik seperti ini disegerakan”

“Saya tahu, keluarga mahukan yang terbaik untuk kami sebab mungkin selepas ini, lebih banyak dugaan yang tidak dijangka akan berlaku. Jadi, keputusan bertunang ini dibuat demi kebaikan kedua-dua belah pihak agar terhindar daripada perkara atau fitnah yang tidak elok,” kata Stacy. (rtky/s)