Akhirnya Rita Rudaini Kembali Berlakon
Selepas hampir dua tahun tidak muncul dengan drama terbaru gara-gara menolak vaksin, pelakon Rita Rudaini kembali berlakon dalam sebuah karya terbitan Zeel Production.
Memetik mStar Online, penerbit Fadzil Teh atau mesra dipanggil Hj Zil mengakui teruja Rita akhirnya setuju untuk terlibat dalam sebuah telemovie.
BACA: Tak Pernah Berenggang, Rita Rudaini Menangis Hantar Anak Masuk MRSM
“Saya dan Rita memang berkawan baik dan kami selalu berhubung. Apabila timbul idea untuk terbitkan drama ini saya mula bercakap dengan Rita dan dia tidak ada masalah untuk terima.
“Rita juga ada maklumkan kepada saya bahawa dia akan kembali aktif berlakon selepas ini namun akan memilih watak yang betul-betul mencabar kerana katanya biarlah tampil dengan lakonan yang gah jika mahu buat comeback.
“Memanglah kami sangat teruja dan gembira apabila Rita terima tawaran ini kerana kita semua tahu dia seorang pelakon yang berbakat dan rugi jika tiada karya baharu untuknya walau hanya watak kecil,” katanya.
Bagaimanapun, Hj Zil bimbang jika kemunculan Rita dikritik ramai susulan lantang bersuara mengenai isu vaksin. Namun, apa yang paling penting penglibatan Rita mendapat persetujuan stesen TV dan kru produksi.
“Sebelum menawarkan kepada Rita, saya dan pihak produksi sudah duduk berbincang dan mereka semua tidak ada masalah untuk bekerja dengan Rita. Malah pihak stesen tv juga bersetuju untuk penglibatan Rita dalam telemovie itu nanti.
“Saya tahu orang akan bercakap tentang isu vaksin dan kita tidak boleh nak tutup mulut semua orang. Kami sendiri akan berhati-hati agar tidak berlaku sebarang jangkitan Covid-19 ketika penggambaran dijalankan,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Sifat tak ambil kisah dan pentingkan diri sendiri. Jauhi lah perempuan macam ni dalam hidup anda
Berlakon la apa pun aku dah tak tengok drama or movie melayu. Lagi-lagi rita yang suka cetus kontrovesi yang tak sihat. Cancelled
yg nk tgk telemovie tu saper erk netizen jgk kn??
sorry la xnk tgk..sbb dia x respek org yg divaksin.. sy x kisah klau org tu xnk vaksin tp perlu saling menghormati bkn memalukan org konon awk tu betul 100percent…
akan terus boikot sama seperti kawan baiknya Izreen Azminda.