fbpx

Tak Pernah Berenggang, Rita Rudaini Menangis Hantar Anak Masuk MRSM

Perkongsian pelakon Rita Rudaini di aplikasi TikTok menjadi perhatian apabila meluahkan rasa sedih menghantar anak sulungnya Airit Rayyan Rizqin ke sekolah berasrama penuh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Menerusi entri itu, Rita berkata air matanya mengalir laju apatah lagi dia dan anaknya itu tidak pernah berenggang namun akhirnya mereka berjauhan.

BACA: Rita Rudaini Perli Dr Maza Di IG Story

@ritrud727

Sy ibu yg normal…rasa sakit,rasa pedih itu dah biasa…mcm mana hujan lebat hari ni mcm tau deras nya airmata sy harini…airmata gembira bercampur dgn sebuah rasa…rasa itu adalah rasa cinta..syg..rindu..kami tidak pernah berenggang…harini kami berjauhan….mommy sedih sampai dada sakit dlm pd masa yg sama mommy gembira dgn anak yg hanya di besarkan oleh ibu tunggal,melangkah setapak lg ke hadapan…mommy sentiasa menjadi sayap kiri dan kanan mu ? fly high Airit Rayyan Rizqin..

? original sound – Rita Rudaini – Rita Rudaini

“Saya ibu yang normal. Rasa sakit, rasa pedih itu dah biasa. Macam mana hujan lebat hari ni macam tau derasnya air mata saya hari ni. Air mata gembira bercampur dengan sebuah rasa.

“Rasa itu adalah rasa cinta, sayang, rindu. Kami tidak pernah berenggang, hari ni kami berjauhan. Mommy sedih sampai dada sakit,” tulisnya.

Dalam video tersebut, Rita dilihat memeluk erat anaknya sebelum melepaskannya menjalani kehidupan berdikari.

Dalam pada itu, Rita turut meluahkan rasa bangga dengan kejayaan anaknya itu apatah lagi hanya dibesarkan oleh seorang ibu tunggal.