fbpx

Sudah bertahun-tahun menjaga dan menjadi rakan serumah, kakak kepada selebriti popular Neelofa iaitu Noor Nabila akui sebak saat adiknya itu diijabkabulkan dengan PU Riz.

Nabila berkata dia gembira akhirnya Neelofa sudah menemui kebahagiaan yang dicari selama ini untuk bergelar isteri.

BACA: “Haris Seorang Yang Sangat Baik, Lemah Lembut & Matang”

“Sudah tentu saya rasa sebak dan terharu bila lihat adik saya yang sudah bertahun-tahun saya jaga, jadi housemate akhirnya dia jumpa kebahagiaan yang dicari selama ini.

“Perasan itu timbul sebab akhirnya dia boleh bahagia macam orang lain dan kawan-kawan dia serta adik-beradik yang lain.” katanya.

Dalam pada itu, Nabila turut menitipkan pesanan kepada pasangan pengantin baru itu supaya banyakkan bersabar serta sentiasa ada untuk satu sama lain.

“Kepada pasangan pengantin, banyakkan bersabar, kena tempuhi alam perkahwinan dengan penuh kesabarann. Tapi apa sahaja masalah yang anda berdua akan hadapi jangan putus asa. Paling penting, kena sentiasa ada untuk satu sama lain, susah senang bersama,” katanya.