fbpx

“Haris Seorang Yang Sangat Baik, Lemah Lembut & Matang”

Selamat diijabkabulkan pagi tadi, Neelofa mendedahkan dia mula mengenali suaminya iaitu PU Riz pada 2017 dan pernah bekerjasama dalam sebuah projek pada 2018.

Bagaimanapun, Neelofa berkata setahun lalu mereka kembali berhubung dan mula mengenali hati budi masing-masing. Neelofa menyifatkan suaminya seorang yang baik hati, lemah lembut serta sifat matang jejaka berusia 26 tahun itu membuatkan hatinya terpikat.

BACA: “Kami Harap Pernikahan Ini Menjadi Satu Ikatan Abadi Yang Diberkati Allah”

“Selepas kolaborasi pada 2018, kami tidak berhubung sehinggalah setahun kemudian. Daripada titik pertemuan semula itu, kami mula mengenali hati budi masing-masing.

“Dia meruppakan seorang yang sangat baik, lemah lembut dan matang. Apabila berbual dengannya kita boleh bincangkan banyak hal dan ia membuatkan saya berasa selesa.

“Dia juga seorang pendengar yang baik dan sentiasa cuba membantu memberi solusi jika saya menghadapi sebarang kesukaran dan masalah,” katanya.

Kini sudah bergelar isteri, Neelofa berkata dia sudah melakukan persiapan dengan menghadiri kelas khas untuk persiapan memasuki alam rumah tangga.

“Selain banyak membaca, saya juga kerap bertanya dengan ibu dan rakan-rakan terdekat, banyak nasihat yang diberikan dan Insya-Allah, saya akan jadikan nasihat tersebut sebagai panduan,” katanya.