Masih lagi cerita berkaitan KRU dan kami sumpah tidak KRU bayar kami untuk menulis.

Tetapi kali ini sedikit berita kurang menarik, akaun Twitter orang kuat KRU kini sudah di’jajah.

Norman KRU yang memiliki akaun di Twitter dengan handle @NormanAbdulHalim kini hilang kawalan ke’atas akaun tersebut.

Mesej pertama yang di’hantar hacker (penggodam) adalah 7 jam lalu meminta peminat melawat laman Facebook rasmi mereka.

Hacker yang menggelar diri mereka RileksCrew ini turut mengumumkan secara berjenaka filem Lagenda Budak Hacker melalui akaun Twitter tersebut dan sedang mencari pelakon. #LOL

UPDATE-1: Laman web rasmi RileksCrew mendakwa mereka telah berjaya menggodam hampir semua akaun Facebook milik KRU termasuk fanpage Yusry & Edry KRU.

Nampaknya KRU hari ini akan sibuk berusaha mendapatkan kembali semua akaun laman sosial milik mereka sebelum reputasi bertambah parah. via Aman Firdaus & Muhd Syazwan