Kami tidak pasti fakta ini namun sepanjang yang kami tahu, ini merupakan kali pertama selebriti dari Malaysia menerima kelayakan untuk memiliki Verified Account dari Twitter.

Betulkan kami jika tersilap. Namun bukan senang seseorang itu mahu memiliki akaun sah sebagai selebriti & di’perakui oleh Twitter HQ.

Yuna hari ini berkongsi kegembiraan beliau di Twitter bersama peminat & jika selepas ini anda membca Tweet dari akaun Yuna tanpa tanda verified biru di’atas — jangan layan.

Bukan mahu melebih lebih di’sini tetapi selebriti lain yang mempunyai verified account adalah Barack Obama, kebanyakkan selebriti Hollywood seperti Kimora Lee, Charlie Sheen, Ashton Kutcher, Demi Moore dan ramai lagi.

Jika ada selebriti Malaysia yang juga memiliki kemudahan akaun yang sama, beritahu kami secepat mungkin. Heh.