fbpx

Akad Nikah Bahasa Asing, Suami Shila Amzah Dikecam

Minggu lalu, penyanyi Shila Amzah telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya Haris Idraki Elias. Majlis perkahwinan pasangan ini berlangsung dengan meriah sekali.

Namun, ada juga kata-kata yang tidak sedap didengar dari netizen apabila ada yang mempersoal mengapa menggunakan bahasa asing iaitu Bahasa Inggeris ketika lafaz akad nikah.

BACA: Shila Amzah & Cinta Hati Selamat Diijabkabul

Menerusi video yang dikongsikan oleh Shila Amzah di akaun Instagram miliknya, kedengaran akad nikah dijalankan dengan menggunakan bahasa Inggeris.

https://www.instagram.com/p/Bh0Ht4EFBZw/?taken-by=shahilaamzah

Seperti biasa, netizen seperti tidak menerima kelainan tersebut dan mempersoal mengapa tidak menggunakan bahasa Melayu.

Sayang orang Melayu tak tahu berbahasa Melayu

Sempit betul otak, nampak sangat tak faham English

Namun ada juga yang mempertahankan isu tersebut dengan mengatakan tidak salah untuk menggunakan apa saja bahasa kerana tiada dalam rukun nikah untuk menggunakan Bahasa Melayu, asalkan lafaz tersebut sah.