fbpx

Shila Amzah & Cinta Hati Selamat Diijabkabul

Tahniah buat penyanyi Shila Amzah kerana telah sah bergelar isteri kepada Haris Idraki Elias dengan sekali lafaz, kira-kira jam 6.25 petang tadi.

BACA: Ikut Jejak Neelofa, Shila Amzah Dalam Senarai Forbes

Melalui gambar yang dimuatnaik, rata-rata peminat penyanyi ini memuji keayuan pengantin di hari yang cukup istimewa dan bermakna ini. Antara rakan selebriti yang turut hadir ialah Fara Fauzana, Jihan Muse dan juga Zara Zya.

Menurut Shila dia masih belum menetapkan sebarang tarikh resepsi lagi dan akan berkongsikannya kelak. Sebelum ini, Shila dan Haris Idraki telah selamat bertunang pada November lalu di kediaman keluarganya.

Suami Shila, Haris bekerja dalam sektor kewangan di kota London dan dia juga pernah bekerja sebagai wartawan di The Star pada tahun 2015. Apa pun, semoga ikatan yang terjalin ini akan kekal hingga ke Jannah. (rtky/s)