fbpx

#AJL27: Ombak Rindu Antara Enam Lagu Teratas Separuh Akhir Kedua

Ombak Rindu Antara Enam Lagu Teratas Separuh Akhir Kedua

Saingan untuk menempah tempat di Anugerah Juara Lagu ke 27 semakin hangat selepas enam buah lagu lagi di’senarai sebagai yang teratas dalam separuh akhir Muzik Muzik pusingan kedua.

Dalam persaingan minggu kedua ini, enam buah lagu terbaik tersebut adalah Tapi Bagaimana (Spider), Ombak Rindu (Hafiz dan Adira), Lagu (Bedroom Sanctuary), Terukir Di Bintang (Yuna), Tanpamu (Amir Jahari) serta Anak Kampung (Jimmy Palikat dan One Nation Emcees).

Walaupun belum mengesahkan tempat di peringkat akhir, enam buah lagu ini mempunyai peluang cerah untuk di’umumkan antara 12 buah lagu yang akan berentap di pentas Anugerah Juara Lagu ke 27 kelak.

Lima buah lagu lain yang turut berentap merebut peluang pada pusingan kedua ini adalah Sesaat Kau Datang (Ramlah Ram dan Sleeq), Angkasa (Diandra Arjunaidi), Terlalu Mencintaimu (Suki), Hatiku Milikmu (Nera) dan juga Sebelah Jiwaku dendangan Jaclyn Victor.

Persaingan minggu ketiga pula akan berlangsung pada 25 November ini bersiaran terus dari Sri Pentas 2, Shah Alam & kita semua akan tahu senarai penuh 12 lagu yang bakal merebut gelaran lagu terbaik — lebih kurang — di pentas Anugerah Juara Lagu pada Januari 2013 nanti.