Kini tamat sudah majlis Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL26) yang boleh kami katakan sebagai satu malam yang paling hebat.

Membariskan barisan lagenda muzik Jamal Abdillah, Awie dan Sheila Majid sebagai persembahan pembukaan, Anugerah Juara Lagu 26 kali ini bukan main main.

Gimik gimik yang di’lakukan pada malam ini semuanya menjadi dan tiada gimik murahan sepanjang pemerhatian kami di’sini.

Jika di’beri pilihan, persembahan Kisah Hati dari Alyah — dengan hiasan pentas indah sebegitu dan kemunculan Remy Ishak, ia’nya menjadi persembahan kegemaran.

Berikut adalah keputusan penuh Anugerah Juara Lagu ke 26 yang berlangsung dengan jaya’nya di Stadium Putra Bukit Jalil 29 Januari 2012 yang lalu. Enjoice! 

Juara Lagu Ke 26 – Awan Nano (M Nasir/Budi Hikayat/Hafiz)
Naib Juara Lagu Ke 26 – Beribu Sesalan (3 Suara)
Tempat Ketiga Juara Lagu Ke 26 – Karma (Audi Mok/Faizal Tahir)
Persembahan Terbaik – Kisah Hati oleh Alyah
Vokal Terbaik – Hafiz (Awan Nano)
Anugerah Juara Mobile CELCOM – Sedetik Lebih/Edry Abdul Halim