fbpx

“Ajar Hati Terima Keadaan Tanpa Membenci” – Madu Marissa

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai anak pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania yang dikatakan sudah bernikah dengan lelaki bernama Aslam di Songkhla, Thailand.

Terbaru, luahan madu kepada Marissa iaitu Misya Mazlan menjadi perhatian selepas seminggu tular berita penikahan suaminya pada 27 Disember tahun lalu.

BACA: Pengikut Instagram Marissa Dania Bertambah 17,000

Ibu kepada dua cahaya mata itu seakan reda dengan ketentuan dan dirinya kini lebih tenang serta menyifatkan apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

“Sesulit apa pun keadaanmu, ajarilah hatimu agar bisa menerima keadaan tanpa membenci. Semakin ikhlas semakin tenang. Belajarlah untuk berlapang dada kerana tidak semua yang kita inginkan itu yang terbaik menurut Allah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Misya turut mengucapkan terima kasih atas doa yang baik-baik yang dititpkan netizen ke atasnya.

“Terima kasih doa yang baik dan kata-kata semangat yang indah,” tulisnya.

Terdahulu, kakaknya Nadiah Mazlan mengesahkan adik iparnya itu sudah berkahwin dengan Marissa di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.