Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai anak pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania yang dikatakan sudah bernikah dengan lelaki bernama Aslam.
Seperti sudah dijangka sudah pasti ramai yang membanjiri Instagram gadis berusia 19 tahun selepas tular berita tersebut.
BACA: Marissa Dania Antara Pelajar Paling Berjaya Di Maahad Tahfiz As Sofa
View this post on Instagram
Bagaimanapun, Marissa dilihat telah pun menutup ruangan komen Instagram miliknya.
Turut menjadi perhatian, meskipun terpalit dengan kontroversi namun pengikut Instagram Marissa tidak berkurang sebaliknya bertambah.
Jika sebelum ini, pengikut Instagram Marissa seramai 563,000 kini sudah bertambah 17,000 orang menjadikan sebanyak 580,000 pengikut.
Terdahulu, kakak kepada isteri pertama Aslam iaitu Nadiah Mazlan mengesahkan adik iparnya itu sudah berkahwin dengan Marissa Dania di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.