fbpx

Ajar Anak Hidup Susah, Aliff Syukri Dikecam Teruk

Jika dilihat dengan kehidupan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, sememangnya ketiga-tiga anak jutawan itu cukup bertuah kerana hidup serba mewah dan cukup segalanya.

Mana tidaknya, kecil-kecil lagi dah tinggal di banglo bernilai berjuta ringgit. Berpeluang melancong ke luar negara dan pergi sekolah pun dihantar dengan kereta mewah.

BACA: Rumah Agam Aliff Syukri 30 Bilik, Siap Bilik Kebal

Tidak mahu manjakan anak dengan kemewahan, baru-baru ini, Aliff Syukri memuat naik video menunjukkan ketiga-tiga anaknya di hantar ke sebuah rumah untuk belajar bagaimana rasanya hidup susah dan berdikari.

Menerusi video tersebut, anak bongsu Aliff kelihatan menangis teresak-esak dan tidak mahu ditinggalkan di rumah tersebut.

Namun Aliff memberikan alasan kukuh sebab dia menghantar anaknya ke rumah tersebut. Dia melihat anak-anaknya terlalu selesa hidup dalam keadaan mewah.

“Berat sebenarnya nak berpisah apatah lagi tengok semua menangis. Tapi kami suami isteri tekad. Ini cara kami didik anak kami supaya lebih dengar kata.

“Abah dan mama terpaksa buat macam ni sebab abah nak anak-anak abah menghargai apa yang ada selama ni bukan senang nak didik anak supaya tahu macam mana erti kesusahan.”

Tindakan Aliff itu menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang tidak bersetuju dengan kerana mereka masih kanak-kanak yang tidak mengetahui apa-apa.

Melampau. Itu dah kira mendera anak

Namun ramai yang menyokong tindakan Aliff kerana bukan mudah untuk mendidik anak zaman sekarang dan ibu bapa lebih mengetahui perangai sebenar anak mereka.