Ajak Shiro Dedah Cintakan Isteri Sejak Usia 13 Tahun
Terkedu kami apabila Ajak Shiro mula membukan cerita mengenai kisah percintaannya bersama isteri yang sudah bermula seawal umur 13 tahun lagi sempena hari lahir isterinya baru-baru ini. Siapa sangka gurauan ketika masa bersekolah dulu kini sudah dapat anak tiga.
BACA: Ajak Shiro Dan Isteri Sambut Kelahiran Anak Ketiga
Ajak sebelum ini pernah memuatnaik gambar dengan kapsyen yang sangat menyentuh hati ketika isterinya hendak melahirkan anak ketiga baru-baru ini, hingga ramai wanita tidak dapat menahan air mata dan berkongsi perasaan bertuah mempunyai suami sepertinya di Instagram.
Selain itu, isterinya turut berkongsi gambar ketika mereka masih muda-muda di akaun Instagram. Terharu betul kami melihat kemanisan pasangan ini. Tidak mahu tidak, kami yakin ramai di antara peminat Ajak yang cemburu dengan apa yang dilakukan Ajak kepada isterinya.
Apa-apa pun, semoga Ajak dan juga kehadiran cahaya mata ketiga mereka ini akan sentiasa dicurahi kasih sayang dan bahagia hingga akhir hayat. (rtky/s)
Inilah contoh pasangan sejati, susah senang tetap bersama. Bayangkan betapa indahnya penghidupan sebuah keluarga yang ada kesefahaman, tolak ansur, saling membantu dan mempercayai diantara satu sama lain. Pasangan istimewa ni boleh dikatakan sudah berjaya mencapai erti kebahagian dalam alam berumahtangga dengan mendapat keberkatan hidup dan kemurahan rezeki dengan kurniaan tiga cahayamata dan duit yang limpah ruah. Semoga tuhan terus memeprlindung mu sekelaurga hingga ke akhri hayat.Amin
hehe mcm sy dgn husband lah pulak. kitorang kenal sejak form 1. sekarang 13years after, dah 5years kahwin. kalau dah jodoh tak kemana :)
harap ajak tak berubah hati & lukakan hati isteri mcm si romei & si norman hakim antara contoh….terima saja kekurangan isteri & amanah menjaga jodoh hingga ke Jannah….
GST Haram ? Ustaz Sheikh Nurruddin Al Banjari tidak boleh mengajar dah dalam TV, kerana bercakap benar . ustaz dihentikan berceramah selapas menjawap soalan yg di tanya oleh penonton,,penonton tanya kepada ustaz, apa hukum GST ustaz? ustaz menjawap berdasarkan ilmu yg dia ada, GST Hukum dia Haram,,Nabi kata haram kamu mengenakan cukai kepada org Islam, cukai hanya untuk org bukan Islam,,orang Islam hanya kena bayar zakat, org kafir yg kena bayar cukai, kalau zakat kena cukai kena ini dinamakan zalim,,maaf bukan nak berpolitik ,aku tak takut diriku dibenci kerana menyampaikan berita benar, Di angkat pemimpin yg zalim oleh mereka2 yg zalim .
cayalahh………mmg sweet sangat ajak dgn istri dia
semua tempat kau komen.. eh kau sakit ea? kau npe ea? hahahha kelakar laaa weyhhh
alololooooo…. lomantiknya kalian. semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa.
Ajak bagus. Dari mula nampak humble and x sorok wife cuma tula skang da berlakon drama. Hrp jgn ade selebriti gatal nak tackle ajak. Kdg selebriti pompuan yg duk ngorat. Lagi2 bila tahu laki tu sweet ngan wife dia. Lgla nak kan.
So ajak pls stay away kalau nampak ade selebriti yg serupa itu yaaa
ajak shiro tu orang baiklah..kalau dia bukan orang baik..tuhan tak bagi rezeki melimpah pada dia..dia ada peminat..orang suka tengok dia berlawak..seronok sangat tengok gambar kat dewan bersalin t..jarang suami boleh buat macam tu walaupun saja-saja..semoga berkekalan sehingga ke syurga
Biarlah dia dedah gambar dia dgn isteri dia . Why ? Kak iffa tu bini kau ke ? Sepatutnya lagi bagus kita letak gambar kita dgn pasangan kita yg halal supaya x timbul fitnah . Kenapa pulak org letak gambar laki bini kau marah ? Kau cemburu dgn rezeki diaorang ea ? Kau dengki dgn dorang sbb diaorang banyak duit dari kau ? -,-
Ye la tu ajak oii..mntang2 la bini ko cikgu bangga la nk expose cer bini ko tu cleaner dh sorok sorok lg le jwbnya..
Beruntung nya si isteri bersuamikan lelaki mcm ni. Alhamdulillah.
Tak baik lah nor hafizah…memang betol kisahnya… Kalau x tau,jangan cakap pakaiblepas je