fbpx

Ajak Shiro Dan Isteri Sambut Kelahiran Anak Ketiga

Tahniah diucapkan kepada Ajak Shiro & juga isteri yang selamat menyambut kelahiran anak ketiga mereka (bayi perempuan) hari ini pada pukul 1 petang tadi malah apa yang lebih membuatkan kami terharu ialah luahan perasaan Ajak di akaun Instagramnya yang sangat menghargai isterinya itu.

Ajak-Shiro,-Isteri-Sambut-Kelahiran-Anak-Ketiga---ROTIKAYA_001

Menurut pelakon dan pelawak ini, pengorbanan yang dilakukan oleh isterinya itu merupakan satu perkara yang sangat besar walaupun terpaksa berhadapan dengan kekangan masa dan juga pelbagai kerenahnya sebagai suami.

Memang jujur apa yang diluahkan Ajak di dalam gambarnya itu. Jaga-jaga, nanti air mata bergenang. Malah dalam siri gambar yang lain juga, Ajak turut memenuhi permintaan isterinya untuk makan lontong goreng walaupun ketika itu, mereka sudah berada di depan bilik bersalin.

Ajak dikurniakan dua orang anak sebelum ini, Mohd Jad Thaqif dan Mohd Had Thaqif malah apa yang menariknya, ketiga-tiga anak Ajak ini lahir pada tarikh yang sama iaitu, 25 Mac, cuma berbeza tahun sahaja. Menarik bukan?

Apa-apa pun, dengan kelahiran cahaya mata baru ini, semoga keluarga ini akan terus meriah dan dalam masa yang sama, sentiasa bahagia dan berkekalan sehingga akhir hayat. (rtky/syfq)