fbpx

Tahniah diucapkan buat pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah yang selamat melahirkan cahaya mata ketiga di sebuah pusat perubatan swasta di Seri Kembangan, Selangor petang tadi.

Menerusi perkongsian di TikTok, Aisyah turut berkongsikan video suaminya, Aliff Teega menyambut sendiri kelahiran anak ketiga mereka sambil dipantau oleh doktor.

BACA: Alif Teega Dedah Aisyah Hijanah Dah Beberapa Kali Jumpa Madu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah)

Aisyah turut berkongsikan sepanjang kehamilan ketiga itu tiada sebarang masalah atau alahan dihadapi serta bersyukur proses kelahiran dipermudahkan.

Malah, ketika itu juga dia boleh melakukan aktiviti lasak meskipun sedang sarat hamil seolah dirinya tidak seperti berbadan dua.

Untuk rekod, Aisyah dan Aliffmendirikan rumah tangga enam tahun lalu dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Tahun lalu, hangat diperkatakan mengenai Alif apabila mengumumkan sudah berkahwin lagi dengan seorang wanita sehingga dikecam oleh netizen.