fbpx

Alif Teega Dedah Aisyah Hijanah Dah Beberapa Kali Jumpa Madu

Sebelum ini, pempengaruh media sosial, Alif Teega berkata dia mempunyai sebab tersendiri mengapa tidak memuat naik gambar isteri keduanya, Fatin Umaidah di media sosial.

Memetik mStar Online, Alif berkata dia mahu menjaga hati isteri pertamanya, Aisyah Hijanah serta enggan berbuat demikian kerana mungkin mendatangkan mudarat yang lebih besar.

BACA: Aliff Teega Tak Post Gambar Isteri Kedua Sebab Nak Jaga Hati Aisyah

“Kita tahu kalau ‘post’ gambar tersebut akan datang datangkan memudaratkan yang lebih besar dan akan tahu keadaan akan berlaku selepas ini serta kesannya terutamanya buat Aisyah (isteri pertama) akan terasa hati.

“Mungkin nampak Aisyah macam tenang saja macam menerima tapi dia berperang dengan perasaan sendiri, perempuan akan rasa sakit sebab tu bila ada yang cakap marketing, dia akan curiga la sebab sakit perkara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Alif berkata kedua-dua isterinya sudah beberapa kali berjumpa untuk berbincang yang terbaik dalam rumah tangga mereka.

“Mereka ada berjumpa beberapa kali untuk berbincang untuk mencari kata sepakat terbaik dalam rumah tangga sebab kita tak tahu soal jodoh kerana sekarang kahwin dua jadi tak tahu selepas ini apa akan berlaku,” katanya.

November tahun lalu, Alif berkongsikan dia sudah berkahwin lain kerana mahu mengelakkan sebarang spekulasi tentang dirinya serta fitnah orang mengata.