fbpx

Aishah Tuntut DSV Bayar Harga Barang Kemas RM80,000

Umum mengetahui, kemelut antara penyanyi Aishah dan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida berkenaan dakwaan hadiah berlian palsu sudah pun berakhir selepas kes mereka diselesaikan melalui mediasi antara kedua-dua belah pihak.

Terbaru dalam satu sidang media hari ini, Aishah menuntut Vida membayar ganti rugi harga pameran (price tag) barang kemas berjumlah RM80,000.

BACA: Isu Berlian Palsu Selesai, Sengketa Aishah & DSV Berakhir

Vida juga perlu membuat permohonan maaf secara tersebut dalam satu sidang media khas sebelum 17 Julai ini.

Selain itu, Vida juga perlu membayar kos sebanyak RM7,500 kepada peguamcara Aishah pada atau sebelum, Ahad ini.

Dalam pada itu, sekiranya Vida gagal memenuhi kesemua persetujuan tersebut sebelum tarikh yang ditetapkan, tindakan undang-undang akan diambil mengikut perlaksanaan mahkamah.

Terdahulu, kontroversi antara Aishah dan Vida timbul apabila penyanyi itu mendedahkan hadiah barang kemas bernilai RM80,000 tajaan usahawan kosmetik adalah palsu selepas melakukan pemeriksaan di kedai emas.