fbpx

Aishah Terkilan Hadiah Tanah Lot Banglo Masih Belum Diterima Sejak 2017

Nampaknya isu mengenai hadiah tanah lot yang dijanjikan ketika memenangi penyanyi Aishah dalam pertandingan Gegar Vaganza musim keempat masih belum selesai.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Aishah meluahkan rasa kecewa apabila hadiah tersebut belum diterima lagi ketika menyertai program realiti itu pada tahun 2017.

BACA: Digelar Datuk ‘Low Class’, Aishah Cabar Netizen Bersemuka

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Menurut penyanyi 57 tahun itu, dia terpaksa korbankan watu rehatnya kerana perlu ke mahkamah untuk selesaikan isu berkenaan.

Aishah turut mempersoalkan pihak yang berjanji untuk memberikan hadiah tersebut mengapa perlu menyusahkan orang lain. Katanya lagi, dia sudah menunggu hampir lima tahun untuk menyelesaikan isu tersebut hingga naik ke mahkamah.

Dalam pada itu, Aishah berkata dia hanya menuntut hak yang telah dijanjikan kepadanya serta meminta agar tidak menganiaya anak seni.

Perkongsian Aishah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar dia mendapat haknya secepat mungkin serta dipermudahkan segala urusan.

Terdahulu, Aishah dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim keempat serta membawa pulang wang tunai RM100,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucer beli-belah dan sebuah piala.