fbpx

Digelar Datuk ‘Low Class’, Aishah Cabar Netizen Bersemuka

Umum mengetahui, Januari lalu penyanyi Aishah menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran Datuk.

Baru-baru ini perkongsian Datuk Aishah menjadi perhatian ramai apabila memuat naik paparan skrin komen netizen yang tidak berpuas hati dengannya serta menggelarnya Datuk low classs.

BACA: Ramai DM Maki Hamun, Aishah Nafi Buka Aib Suami Kongsi Kisah Beli Beras

Kesal dengan komen ditinggalkan itu, Aishah mencabar individu berkenaan untuk bersemuka dengannya. Ujarnya, jika berani cakap berdepan dengannya jika ada perkara yang tidak puas hati.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

“Ada juga yg masih tak puas hati ek. Setakat baling batu sembunyi tangan apa barang babe…berdepanlah kalau berani cakap apa yg tak puas hati dgn I.So many sickos nowadays,” tulisnya.

Aishah juga turut menghantar DM kepada individu berkenaan dengan mengatakan tindakan netizen itu disifatkan tidak berfaedah dan seolah tiada benda lain untuk dilakukan.

Sebelum ini, Aishah dikecam teruk apabila apabila berkongsikan pengalamannya menjadi isteri yang membeli beras dan tidak pernah dimanjakan suami.