fbpx

Aishah Terima Gelaran Datuk

Penyanyi Aishah merupakan antara individu penerima darjah kebesaran, bintang pingat sempena Hari Keputeraan ke-74 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir hari ini.

Aishah menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran Datuk. Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan itu berlangsung di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.

BACA: Ramai DM Maki Hamun, Aishah Nafi Buka Aib Suami Kongsi Kisah Beli Beras

Antara nama lain yang turut dikurniakan DBNS adalah Ahli Dewan Negara Senator Dr Ahmad Azam Hamzah, Pengarah Urusan & Rakan Operasi McDonalds Malaysia, Azmir Jaafar dan Pakar Perunding Kardiologi Dr. Asri Abdullah Ramaiah.

Sekitar tahun 2013, Aishah aktif dalam bidang politik dan pernah bertanding di Parlimen Jempol, Negeri Sembilan mewakili parti PAS.

Aishah mula mencipta nama sebagai penyanyi pada awal tahun 1980-an bersama Aisha and The Fab Club.

Selain memenangi Anugerah Juala Lagu kelima (AJL5), Aishah turut bergelar juara Gegar Vaganza musim keempat pada tahun 2017.