Ramai DM Maki Hamun, Aishah Nafi Buka Aib Suami Kongsi Kisah Beli Beras
Baru-baru ini perkongsian penyanyi Aishah menjadi perhatian ramai apabila berkongsikan pengalamannya sebagai isteri yang bertanggungjawab membeli beras.
Bagaimanapun, pendedahan Aishah itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menghantar mesej makian mendakwa penyanyi itu membuka aib bekas suami.
BACA: “Seumur Hidup I Lah Isteri Yang Membeli Beras, Tak Pernah Dimanjakan,”
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Aishah berkata kenyataannya itu benar-benar terjadi dan baginya bukan membuka aib.
“Hadoiii marah betul setengah orang bila saya menceritakan pengalaman saya sebagai ‘isteri yang beli beras”…Relax, saya sebut itu kerana itu betul-betul terjadi dan bagi saya ia tak aib apa pun. Itu realiti pengalaman saya dan saya percaya ianya realiti ramai juga kaum wanita lain,” tulisnya.
Dalam pada itu, Aishah turut meminta netizen supaya bertenang dan tidak perlu menghantar mesej kepadanya memaki hamun kerana jika tidak suka akan perkongsiannya tak perlu ambil tahu tentang beritanya itu.
“So chill, tak payah nak bertubi-tubi DM saya nak maki hamun saya. Saya tulis dalam IG saya, saya tak cari wartawan untuk bercerita hal itu pun. Kalau tak suka tak payah follow atau skip je cerita saya ok,” katanya.
Terdahulu, Aishah berkongsikan rasa gembira apabila menerima hadiah gelang tangan daripada anaknya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-57.
Menerusi entri tersebut, Aishah berkata dia tidak pernah merasa kehidupan sebagai seorang isteri yang dimanjakan dengan hadiah sebaliknya dia yang memikul tanggungjawab besar.
Kadar accident di kalangan melayu membimbangkan. Tolong bawak motor pegi bengkel (preferably melayu sbbmereka lebih concern keselamatan anak bangsa sendiri), suruh bengkel check tayar ok tak, sbb tayar motor baru blm tentu selamat. Motor LC especially.
Pnjangnye dagu dia
hidup perlu ikhlas, buat kebaikan x perlu dihebohkan, inysALLAH akan dpt keberkatan. Kalau kite dh buat amal jariah bntu dgn seiklhas hati atau blnja dgn seikhlas hati, maka rezeki akan dtg tanpa kite sedar, jika kite dh kluarkan “debit”, jgnlah pulak kite nk hrp ” credit”, sbb tulah ada je masalah yg dtg tanpa kite sedar.
Dan satu lagi, jika ibu / bapa kite msih ada, bahagiaknlah mereka, bahagiakan mereka bkn dgn wang ringgit, balik kpg sebulan skli, isi brg dpur semampu mungkin, bersihkan rmh sedaya mgkn, masakkan makanan mereka masa kite dikpg, semua benda tu kite buat dgn ikhlas, pasti anda SENANG dan rezeki dtg mencurah2.
Hai ‘ex’ di atas. Klu nk comment pasal dagu dia, comment kat Allah, bukan kat sini.
Allah yg tentukan rupa dia. Not fair dia kena komen.
bukan centu la babe, you pergi tengok gambar dia yang lain baru la you tau dagu dia jenis macam mana