fbpx

Aishah Menangis Aku Bidadari Syurgamu Layak Ke AJL35

Membawakan lagu tersebut di separuh akhir Muzik-Muzik 35, penyanyi Aishah menitiskan air mata kegembiraan selepas lagu Aku Bidadari Syurgamu berjaya melayakkan diri ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL35) tahun depan.

Menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu tersebut, Aishah berkata dia akan berdepan tugas berat untuk membawakan lagu tersebut selepas persembahannya dikritik, namun dia yakin doa orang teraniaya akan terbela.

BACA: Aishah Bengang Orang Kutuk Suara Noraniza Idris

“Malam ini gugur lagi air mata. Saya gembira untuk komposer dan penulis lagu ini.

“Airmata ini juga mengenangkan samada adakah pisang akan berbuah dua kali. Berat, Allah SWT saja yang tahu Tapi saya yakin, doa orang teraniaya tiada hijabnya. Hanya Dia yang tahu segalanya,” katanya.

Dalam pada itu, Aishah berkata dia sering menangis apabila mendengar lagu Aku Bidadari Syurgamu itu kerana teringatkan perjalanan hidupnya sebagai seorang isteri.

“Banyak makan airmata say lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ ni. Bila mula-mula dengar lagu ni, memang banyak kali airmata jatuh, terutama bahagian ‘Seandainya aku yg pergi dulu…’ Saya selalu perkara sama pada abang (suami).

“Kenapa saya kata begitu kerana seorang isteri yngg pergi dulu dalam keredhaan, doa dan keampunan suaminya, sangat mudah jalannya ke syurga.Sudah tentu itulah yg kita cari sebagai seorang isteri,” katanya.