Aishah Bengang Orang Kutuk Suara Noraniza Idris
Juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4) iaitu Aishah meluahkan rasa terkejut apabila Noraniza Idris turut menerima nasib sama seperti dirinya apabila persembahan nyanyiannya dikecam oleh netizen.
Aishah berkata dia akui geram apabila ada segelintir individu mengkritik nyanyian Noraniza Idris seolah kononnya mereka ini lebih arif dalam bidang seni suara.
BACA: “Kalau Tak Boleh Terima Kritikan, Jangan Masuk Pertandingan”
“Allahuakbar, seminggu dua ini saya mengharungi cabaran kecaman di alam maya, rupanya teman duet final GV7 nanti juga mengalami nasib yang sama. Saya pula yang geram membaca komen-komen ini.
“Komen-komen negatif daripada orang yang macam dia pandai sangat tentang muzik dan seni suara, tapi hakikatnya orang-orang ini sendiri kalau kita letak atas pentas hampir pasti akan barai persembahannya,” tulisnya menerusi Instagram.
Kata Aishah lagi, setiap orang mempunyai cita rasa mereka tersendiri dalam muzik dan suara penyanyi namun tidak perlu sesekali memperlekehkan meskipun ia bertentangan dengan selera masing-masing. Jika tidak sukakan persembahan tersebut, tukar siaran lain atau tutup sahaja televisyen.
“Ini program hiburanlah, chill skit dan beradab boleh tak? Kalau kita tak suka suara seseorang, itu cita rasa masing-masing, dah selera kau macam tu, okaylah..tapi perlu ke nak kecam?
“Tak rasa rugi ke nanti? Berbaloi ke hilang pahala amalan kita kerana tidak menjaga kata-kata kita untuk program hiburan?
“Tak suka tak apa, tapi beradablah sikit. Orang yang diumpat tu ada suami, ada anak-anak, ada keluarga. Tak suka, pergilah toilet ke, makan ke apa ke masa dia menyanyi. Kalau tak pun, tutup saja tv tu atau tukar saluran,” ujarnya.
Kata Aishah lagi, hanya mereka yang pernah menyertai program realiti itu sahaja yang faham betapa mencabarnya untuk meneruskan perjuangan setiap minggu. Aishah turut meminta agar orang ramai menghargai bakat penyanyi di Malaysia.
“Perjalanan berminggu-minggu dalam GV bukan mudah kalau jiwa dan hati tak kental memang akan kecundang. Yang tak pernah lalui takkan tahu. Macam manalah industri seni kita nak maju kalau kita tak henti bashing (hentam) karyawan kita sendiri.
“Sedangkan yang luar datang nyanyi ramai pun macam Tok Ram kata macam’hauk’, tapi orang kita agungkan. Hormatlah bakat-bakat insan yang kita ada, carilah kebaikan mereka, kerana kita pun sempurna sangat ke? Sila muhasabah diri,” katanya.
Terdahulu, persembahan Noraniza Idris di konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) dikecam netizen yang tidak berpuas hati serta mempertikaikan prestasi persembahannya pada minggu lalu.
- SUMBER
- Astro Gempak
SABOR AJE LAH DENGAN MULUT, HATI, JARI2 NETIZEN YG BERPUAKAAAAAAA..
Adoiiiiii jumpa lg dgn yg sorg ni… hah sesuai sangatlah.. nama je veteran tp perangai mcm bbnu
Ramai dengki dgn Kak Ani. All the best.
Serial org ada pendapat masing2 dan akaun socmed masing2 jd sukati diorg laa nk ckp pe pun. Kalau dia fitnah org ke maki hamun org xde sbb ke yer laa ko nk melenting makcik weii
suara kak ani best sdp dr nabila razali
Semak la…kata2 kluar dri mulut tu seperti pisau…kkau nk komen pun kna la igt perasaan org len sma…ni dh jd mcm ni kn ssh…blh memutus silaturrahim sesama kita…lg berdosa
Pelik jugak aku orang kata suara Noraniza Idris tak sedap, bagi aku sedap je suara dia, nyanyi lagu zapin semua tu, malah unik sebab tak ada orang boleh tiru, suara Siti Nurhaliza pun ramai yang boleh tiru…
michael ang ni pandai nyanyi ke…pelik la apek ni
Retis2 otai ni semua ego mcm gunung poyo x boleh kena kritik. Apalagi bila ada macai2 diorg yg backup. Ebit lew yg mcm keramat hidup tu pun org kritik, imam ghazali pun geng2 wahabi kata sesat, imam shafie pun geng2 salafi kata bodoh korg sapa x bole kena kritik?????
Biarlah.. GV JE KOT TAKNK TENGOK BAKOR TV KURANG? Sudah2 la berhujat benda2 lagho mcm ni.
biasa la selagi x jerit2 melolong tu bkn penyanyi kata natisen.. kak ani suara yunik sengau bkn kesalahan teknikal la…korng per tau?!
Oiii motang semua jgn bg aishah mengamuk k…. Skali dia libas korang, baru mu tau
People just have different perspective depending on where they are standing.