fbpx

Aishah Berat Hati Lepaskan Anak Keluar Bekerja Ketika PKPB

Ibu mana yang tidak bimbang apabila anak disayangi terpaksa keluar bekerja untuk mencari rezeki ketika negara sedang berdepan pandemik COVID-19. Begitulah perasaan yang diluahkan penyanyi Aishah terpaksa merelakan anak sulungnya keluar bekerja.

Menerusi perkongsian di Instagram, anaknya itu memulakan tugas semalam setelah hampir dua bulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurut Aishah, ada hikmah disebalik penularan wabak tersebut kerana dia banyak menghabiskan masa bersama anak.

BACA: Aishah Mula Catu Makanan, Kurangkan Keluar Membeli

“Ada hikmah di sebalik segala ketentuan Allah swt. Banyak masa dihabiskan bersamanya di rumah, ia tidak akan berlaku jika tiada COVID-19.

“Esok dia kena pergi bekerja, Allah saja tahu perasaan seorang ibu nak lepaskan anaknya di luar sana dalam keadaan sekarang. Berperang dengan musuh yang tidak nampak di mata kasar. Allahu, kerja pula terpaksa berinteraksi dengan orang ramai,” katanya.

Lebih membimbangkan, Aishah berkata belum tiba waktu pelaksanaan sudah ada masyarakat yang ingkar dengan arahan dan mengabaikan langkah-langkah penjagaan diri terutamanya mengenai penjarakan sosial.

“Apabila terbaca dan terlihat gambar di media sosial, belum 4 Mei lagi orang ramai dah berpusu-pusu beli makanan dan lain-lain. Sekarang ini masa untuk kita ambil peranan masing-masing.

“Kalau tidak sia-sialah kita memerap di rumah hampir dua bulan kerana kita hanya akan mencetuskan kluster baru,” katanya.

Dalam pada itu, Aishah turut memberi perasanan kepada pengikutnya supaya tidak kerapa keluar rumah jika tiada keperluan dan lebih peka dengan keadaan sekeliling. Jika perlu keluar bekerja, pastikan ambil langkah berjaga-jaga yang maksima