fbpx

AirAsia Nafi Tony Fernandes Bakal Lepaskan Jawatan Dalam Masa Terdekat

Ketika anda membaca artikel ringka sini, pihak AirAsia sedang meriah menyambut ulangtahun ke-10 mereka & kami di Rotikaya HQ ingin mengucapkan tahniah atas pencapaian gemilang.

Kalau anda tertanya tanya kenapa kisah Tony Fernandes ada di’sini, beliau merupakan idola kami dalam dunia perniagaan dan branding. Maka jika tidak suka, teruskan juga membaca.

Lewat petang tadi, Bernama ada melaporkan yang Tony Fernandes ada memberi kenyataan ura ura yang beliau akan tinggalkan AirAsia tetapi tidak memberikan garis masa bilakah ia’nya akan berlaku.

Malam ini, pihak AirAsia melepaskan satu kenyataan media berkata berita yang di’laporkan pihak Bernama sebagai tidak tepat dan sudah pun meminta pihak berkenaan menurunkan artikel tersebut. 

Menurut AirAsia kenyataan yang di’keluarkan oleh Tony Fernandes hanyalah merujuk kepada kualiti & aspirasi yang beliau inginkan dalam diri pengganti apabila beliau bersara dari meneraju AirAsia kelak.

Berdebar juga hati apabila baca laporan mengatakan Tony Fernandes bakal tinggalkan AirAsia — boleh kata sama kesan’nya syrikat teknologi gergasi apabila kehilangan Steve Jobs. Rock on AirAsia!