fbpx

Ainul Aishah Serik Kongsikan Gambar Berbikini

Setelah tepalit dengan kontroversi mengenai gambar bikini yang dimuatnaik di akan Instagram miliknya, kini Ainul Aishah mengakui dia lebih berhati-hati apabila untuk berkongsi gambar bersama peminatnya.

BACA: Peminat Berbalah Bila Ainul Aishah Disangka Berbikini

“Selepas kejadian itu saya jarang berkongsi gambar sebab ramai sangat yang nak beri teguran sehingga membuatkan kita rasa seperti tidak layak hidup. Bila saya nak kongsi gambar, saya akan fikir beberapa kali dan pastikan gambar tersebut tidak menimbulkan fitnah,” katanya kepada mStar Online.

Jelas Ainul, berpunca daripada perkara berkenaan, ia berpanjangan kerana dia juga turut berbalah dengan pengikutnya semata-mata untuk menjelaskan perkara sebenar malah tambah pelakon ini lagi, masih ada individu yang mengkritik gambarnya itu di media sosial.

“Mereka semua cari sebab sahaja, hingga sekarang ada lagi yang beri komen negatif dan bertelagah pendapat pada gambar saya walaupun di bulan puasa ini,” jelasnya. (rtky/s)