Dalam diam penyanyi Aina Abdul mendedahkan dia pernah menolak tawaran untuk menyertai program nyanyian terkemuka dunia, America’s Got Talent (AGT).
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Memetik Kosmo, Aina berkata dia terpaksa menolak peluang besar tersebut kerana terikat dengan urusan tidak dapat dielakkan serta komitmen lain.
BACA: Aina Abdul Tiga Jam Tahan Ke Bilik Air Sebab Baju ‘Toto’
Bagaimanapun, Aina tidak menolak untuk bertanding jika diberikan peluang sekali lagi kerana dia sudah bersedia dan teringin untuk menyertai program berkenaan.
“Dulu saya pernah dapat tawaran, tapi ketika itu saya terikat dengan satu komitmen lain yang memang tidak dapat dielakkan menyebabkan dengan berat hati saya terpaksa menolak. Lama dah tawaran itu, seingat saya sekitar tahun 2014, ketika saya mula berjinak-jinak dalam industri muzik.
“Mungkin tiada rezeki saya, Insha-Allah kalau ada peluang sekali lagi untuk saya beraksi di sana, saya dah bersedia dan memang teringin menyertainya,” katanya.
Dalam pada itu, Aina berkata dia turut teruja apabila ada wakil dari Asia berjaya mencipta nama di pentas dunia itu seperti penyanyi Indonesia berbakat besar, Putri Ariani.
“Saya memang mengikuti AGT, dan saya memang peminat suara penyanyi berbakat besar seperti Putri Ariani.
“Dia memang hebat dan layak untuk memenangi pertandingan tersebut apabila dikurniakan pakej lengkap, vokal, intelektual dan bijak bermain instrumen muzik yang menyokong kepaduan suara sehingga mampu menghasilkan bunyian menakjubkan.
“Saya harap dia menang dan menjadi peserta berhijab pertama berjaya menjadi juara dalam pertandingan mega yang diikuti penonton pelbagai negara