Penyanyi Aina Abdul berkongsikan dia terpaksa menahan diri ke tahan selama tiga jam ketika konsert minggu keempat Big Stage baru-baru ini.
Memetik Utusan Online, Aina berkata dia terpaksa berbuat demikian disebabkan busana rumit yang dipakai seperti membawa tilam dan bantal yang digelar baju toto oleh netizen.
BACA: “Selain Face Shaming, Ada Yang Mahu Boikot Saya” – Aina Abdul
“Memang tak pergi (tandas). Saya akan tahan sebab memang sudah diajar begitu. Ikutkan saya tak rasa apa-apa pakai baju begitu, sebab pernah pakai baju yang lebih seksa daripada itu sambil menyanyi.
“Pernah masa konsert pakai baju yang susah sambil menyanyi. Kali ini duduk sahaja, tiga jam saya tahan sampai habis sidang akhbar. Lencun juga (berpeluh),” katanya.
Mengulas mengenai pakaian tersebut dikatakan menghalang pandangan penonton di belakang, Aina berkata isu tersebut tidak sepatutnya diperbesarkan.
“Saya tak sangka orang kecam dengan kebesaran baju itu. Juri duduk di atas platform, memang penonton di belakang saya terhalang walau pakai baju simple sekalipun.
“Saya takut hendak cakap sebenarnya sebab bimbang nanti dituduh riak, sebab itu saya diamkan sahaja sebelum ini,” katanya.