fbpx

Penyanyi popular, Aina Abdul mendedahkan dia sudah mengeluarkan belanja sebanyak RM90,000 untuk persembahannya yang bertemakan elemen awan dan serba putih di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) malam tadi.

Memetik Media Hiburan, Ainda berkata dia berbuat demikin kerana kepuasan dalam masa sama untuk memberikan yang terbaik buat peminatnya.

BACA: Terus Hidup Bergelar Juara Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37)

“Untuk AJL37 memang saya tidak menafikan saya berhabis banyak. Tapi kerana… tak tahulah saya macam ada instinct Terus Hidup ini sesuatu yang istimewa dalam hidup saya.

“Jadi perbelanjaan hari ini merangkumi persalinan, props awan dan segalanya yang anda lihat tadi. Akan tetapi pada tahap ini saya mahukan sesuatu hasil yang berbaloi dalam kerjaya.

“Saya sedar untuk itu saya perlu buat pelaburan untuk diri sendiri, malah saya turut membawa semangat ‘team’ saya yang ramai. Hari ini sahaja misalnya dalam 30 orang.

“Semangat merekalah yang membawa saya ke sini. Saya sudah dikurniakan rezeki dan ada ruang untuk ‘invest’ dalam persembahan ini, alhamdulilah,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Mengulas mengenai konsep persembahannya itu, Aina berkata idea tercetus selepas pulang dari bercuti dan ia merupakan simbolik buat bapanya yang telah pergi menghadap Ilahi.

“Saya memutuskan untuk memilih tema awan selepas pulang dari bercuti. Ketika itu, sepanjang berada dalam kapal terbang, saya dapat melihat kepulan awan yang bergelora ada juga dalam keadaan tenang kemudian.

“Di kesempatan itu saya berpeluang untuk berfikir panjang. Tetapi, saya juga mendedikasikan persembahan Terus Hidup ini kepada arwah ayah saya, Abdul Ghani Abdullah.

“Awan yang tertera di atas pentas itu merupakan simbolik kepada orang yang sudah tiada, yang tidak dapat dikawal oleh seorang manusia biasa,” katanya.

Semalam, lagu Terus Hidup nyanyian Aina Abdul dinobatkan sebagai juara  AJL37 sekali gus membawa pulang RM100,000 beserta sebuah trofi, Malah, Aina turut membawa pulang trofi Vokal Terbaik serta wang tunai RM12,000.