fbpx

Ain Edruce Sahkan Hamil Anak Pertama

Nampaknya teka-teki mengenai spekulasi Ain Edruce hamil akhirnya terjawab apabila pelakon dan pengacara itu mengesahkan berita gembira tersebut menerusi satu perkongsian video di YouTube sebentar tadi.

Ain berkata dia niat merahsiakan kehamilan itu namun menunggu masa sesuai untuk dikongsikan. Menerusi video itu Ain turut berkongsikan momen apabila suami dan ahli keluarga mengetahui perkara tersebut.

BACA: Peminat Nampak Baby Bump, Ain Edruce Hamil?

“Sebelum ni orang cakap nampak baby bump. Ya saya mengandung, tapi saya tak boleh cakap apa-apa dulu sebab terlalu awal. Kandungan saya kini dah cecah empat bulan,” katanya.

Dalam pada itu, Ain berkata dia mengetahui dirinya berbadan dua beberapa hari sebelum dia dan suami bercuti di Langkawi sehingga terpaksa menangguhkan aktiviti lasak sepanjang percutian tersebut.

“Saya buat ujian kehamilan ini pun selepas menyedari lambat datang bulan. Jadi kami terpaksa elak aktiviti lasak sepanjang di Langkawi,” katanya.

Kata Ain lagi, biarpun dunia sedang diduga dengan pandemik Covid-19 dan sebagainya namun 2020 merupakan tahun paling bermakna buat dirinya apabila disahkan hamil.

“Mungkin buat sesetengah orang tahun 2020 banyak sangat benda tidak elok terjadi, kerja susah, rezeki kurang. Namun bagi Ain, 2020 ini hari yang paling diingati dan tak boleh lupa sebab saya hamil,” katanya.

Ain mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan bernama Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember tahun lalu selepas mengikat tali pertunangan selama enam bulan.