Ain Edruce Dedah Suami Tak Pernah Paksa Untuk Masak
Hampir lapan bulan mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengacara Ain Edruce menyifatkan dirinya cukup bertuah apabila dikurniakan suami yang sangat memahami dan banyak membantunya menguruskan kerja rumah.
Menurut Ain, suaminya juga seorang yang sangat rajin ke dapur untuk memasak dalam menyediakan juadah harian, malah tidak pernah memaksanya untuk memasak.
BACA: Ain Edruce Akui Tak Merancang Untuk Dapatkan Zuriat
“Satu yang bagus mengenai Amirul ni, dia suka masak. Bahkan, jika saya balik kerja, dia akan tanya ‘sayang nak makan apa’ sebab dia nak pergi beli barang untuk masak.
“Kalau saya balik kerja penat-penat pun, dia tak pernah paksa saya untuk masakkan untuk dia, tak ada minta saya bangun pagi sediakan makanan,” katanya kepada Astro Gempak.
Kata Ain lagi, sejak berkahwin suaminya lebih banyak memasak berbanding dirinya. Namun, Ain berkata dia tidak hanya membiarkan suaminya melakukan semua kerja rumah, tetapi mereka lakukan secara bertolak ansur.
“Sejak berkahwin, rasanya dia yang lagi banyak memasak berbanding saya. Jadi, saya tak boleh nak merungut apa-apa walau dia seorang yang tak romantik. Lebih baik saya diam sebelum dipertikai sebab saya jarang masak.
“Lagipun, saya pun suka bila dia masakkan untuk saya. Bila dia masak, saya buat kerja lain seperti mencuci. Amirul ini adalah definisi lelaki yang suka ‘give and take’,” katanya.
Ain mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019.
- SUMBER
- Astro Gempak
Masa baru2 ok dekkkk…nnti tunggu lama sket
HAHAHA tungguuuuu…
Ain oi..hang jgn dok buat lagu tu..org laki ni awai2 dia x kisah x paksa la sbb wangi maneh smua lagi..hang tunggu la lg 2-3 tahun dia start cemuih apam hang sikap malaih hang dia mula la bau busuk semua bnda..lagi hare klau dia x komplen time kawen konon dia x kisah tp last2 time dh x suka dia bukak 1 – 1 itu ini x kena..ex laki akak cmtu la..dh meluat baru la komplen akak msk jrg la x kena taste dia la msk x sihat smpai dia boroi la pdhal dulu ok baby i x kisah memanjang..dh ada pengganti baru la ada teloq komplen itu ini..
ya nnti ada gf baru dia ckp bini x jaga dia la, bini malas sibuk hal sendiri, bini malasla.. bini kaki tidola, bini garangla..
hahahha OK lee tu tengah manis2…..
Tunggu tengah masam manis nanti ……….
Tunggu ada anak tengok camna eh, sekarang masih baru…teruskan lah cer tengok
Seriously , achik lepas ambik pencen optional baru dapat masak hari2 utk suami. Masa bekerja , hari minggu atau cuti baru dpt masak utk keluarga. Skg suami pun dah pencen. Dulu beli je lauk siap ataupun keluar mkn sama2. Dah 40 tahun kawin, bahagia je. Dalam perkahwinan ni, tak semua org melalui pekara yg sama. Paling penting tolak ansur , kepercayaan dan kedudukan kewangan yg stabil.
Xpe janji bahagia.. Abang ri x kisah if I x pndai masak
Samala @ Mia…
abang helmi lg la x berani nk bising kalau Fie x reti masak
X abis2 mia adriana etc. Move on la. Aku je ke yg tak tengok drama 7 hari tu.
Samala..x layan jgk 7 hari tuh
Apesal aku tgk muka laki minah ni mcm…lembu dlm komik ujang dulu2. .sebijikkkk…
rindu drama 7 hari.. x blh move on
bestla 7 hari mencintaiku. 12 juta yg tgk
????????????