fbpx

Ain Edruce Akui Tak Merancang Untuk Dapatkan Zuriat

Hampir lapan bulan mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati pada Disember tahun lalu, pelakon dan pengacara Ain Edruce mengakui dia tidak terlepas diasak dengan pertanyaan mengenai soal menimang cahaya mata.

Menurut Ain, dia tidak merancang namunbersyukur andai dikurniakan rezeki anak dalam masa terdekat. Bagaimanapun, jika belum lagi diberikan rezeki menimang cahaya mata dia akan fokus dengan kerja.

BACA: Ain Edruce Tak Malu Belajar Masak Dengan Suami

“Bila belum kahwin, tanya bila nak kahwin, dah kahwin..baru dua bulan ni dah tanya ‘dah ada ke belum?’. Memang normal orang bertanya hal anak ya? Kena sediakan jawapan siap-siaplah dalam telefon (seloroh).

“Setakat ini, bercakap mengenai menimang cahaya mata, saya tidak ada rasa macam nak merancang (keluarga) ke apa. Kalau dapat (mengandung) tu alhamdulillah,” katanya kepada Astro Gempak.

Kata Ain lagi, dia menyerahkan soal zuriat kepada ketentuan daripada-Nya sahaja. Ujarnya lagi, dia juga bimbang memandangkan kini sibuk dengan aktiviti perlumbaan.

“Kalau tak ada (bayi), saya boleh fokus dengan aktiviti perlumbaan. Rasanya orang tahu yang saya sekarang ini racing untuk Toyota.

“Kalau tiba-tiba mengandung, bahaya pula. Bergegar-gegar pula anak nanti,” selorohnya.

Ain mendirikan rumah tangga jejaka pilihan hati yang juga ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019.