fbpx

Aiman Tino Tak Kisah Saudara Datang Beraya Tapi…

Seperti diketahui sambutan Syawal tahun ini berbeza daripada kebiasaannya kerana tidak dapat berkumpul bersama keluarga dan suadara mara. Bagaimanapun Aiman tino tidak menghalang jika ada saurada mara berdekatan mahu berkunjung.

Bagaimanapun, Aiman berkata mereka yang datang perlulah mengikut produser operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Malah, Aiman menghadkan hanya 20 orang tetamu dalam satu masa.

BACA:  Aiman Tino Dapat Adik Baru, Ibu Lahirkan Anak Ke-11

“Semua dah boleh bayangkan raya tahun ini sangat berbeza dan berlainan, kita akan duduk rumah sahaja tak boleh nak kemana-mana.

“Ada saudara-mara yang tinggal berdekatan sahaja. Kalau mereka nak datang rumah boleh, tapi haruslah mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan, antaranya maksimum 20 orang dalam satu masa.

“Tidak apalah jika tahun ini kita berkorban kemeriahan raya demi keselamatan dan kesihatan semua orang. InsyaAllah, kita doakan semoga keadaan akan kembali pulih seperti biasa tidak lama lagi,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Aiman berkata perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi ruang untuknya meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga di rumah. Ujarnya, inilah masa untuk kita hargai orang yang tersayang.

“Saya percaya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Sebenarnya inilah masa untuk kita lebih hargai orang tersayang, membuka mata ramai orang bahawa sebelum ini banyak masa yang kita buang.

“Jika peluang dapat bersama keluarga ini haruslah digunakan sebaik-baiknya..sama-samalah kita berdoa supaya raya tahun ini akan lebih diberkati,” katanya.