Aiman Tino Nikah April Ini

Penyanyi Aiman Tino merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya, Syarah Haifa, 24 tahun, selewat-lewatnya pada April ini.

Memetik Harian Metro, Aiman berkata majlis pernikahan dijangka berlangsung sebelum bulan Ramadan manakala majlis resepsi pula pada Jun atau Ogos tahun ini.

BACA: Keluarga Aiman Tino Hantar Rombongan Merisik

Sementara itu, Aiman berkongsikan Syarah memiliki ciri-ciri wanita idamannya serta menyifatkan wanita itu seorang yang lemah lembut.

“Saya terpikat dengan keayuan dan sikap lemah-lembutnya. Pada masa sama, kami juga mengusahakan perniagaan biskut bersama-sama. Selepas menjalin hubungan serius tidak sampai setahun, kami memutuskan untuk melangkah ke fasa perkahwinan,” katanya.

Dalam pada itu, Aiman menjelaskan majlis yang diadakan baru-baru ini adalah majlis merisik dan mereka merancang untuk bertunang sehari sebelum majlis pernikahan nanti.

“Sebenarnya, ramai orang salah faham dan menyangka majlis merisik sebelum ini adalah majlis pertunangan. Sebenarnya ia hanya majlis merisik dan kami masih belum bertunang,” katanya.

×