fbpx

“Aiman, Kahwin Nanti Jangan Lupa Jemput Saya”

Selepas pasangan Aiman Hakim Redza dan Zahirah MacWilson mengumumkan yang mereka kini sedang bercinta, ada sesetengah pihak pastinya mengaitkan nama Fathia Latiff secara tidak langsung dek sejarah pasangan itu yang pernah bercinta sebelum ini.

Isu terakhir melibatkan mereka berdua adalah apabila Fathia Latiff menuntut hutang dari Aiman Hakim Redza menerusi Instagram dan mendakwa duit beliau masih belum dibayar sehingga hari ini.

BACA: Fathia Latiff Tuntut Hutang Dari Aiman Hakim Pula

Namun menerusi sebuah temubual terbaru, Fathia Latiff mengakui yang ianya satu perkara remeh dan kebenarannya tiada siapa yang berhutang dengan sesiapa.

Apabila ditanya tentang hubungan Aiman Hakim & Zahirah MacWilson, Fathia Latiff mengakui memang ada yang datang dan bertanya kepadanya tentang hal tersebut namun beliau hanya mendoakan kebahagian mereka berdua.

“Saya memang nak fokuskan pada kerjaya saya. Jadi bila orang kata macam tu, saya nak doakan beliau. Sebab saya pun dah lama tak communicate dengan dia. Tiba-tiba orang datang dekat saya, tanya fasal beliau. Saya doakan yang terbaik dan harapkan berkekalan sehingga orang kata ke syurga”

“Jadi, kalau dah berkahwin nanti jangan lupa untuk jemput saya datang ke kenduri nanti ya?” ujar Fathia Latiff. (rtky/m)