fbpx

Aiman Hakim, Zahirah Macwilson Selamat Bertunang

Tahniah diucapkan buat pasangan sama cantik sama padan Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson yang selamat mengikat tali pertunangan pagi tadi.

Perkhabaran gembira itu diumumkan sendiri oleh pasangan tersebut menerusi sekeping gambar yang dimuat naik di laman Instagram masing-masing.

BACA: “Saya Dengar Macam Macam Cerita Pasal Aiman Hakim”

Menerusi entri tersebut, Aiman dan Zahirah meluahkan rasa syukur di atas majlis tersebut. Difahamkan majlis pertunangan itu diadakan di Perth, Australia.

Terdahulu, Zahirah dan Aiman yang juga peneraju utama drama Curi Curi Cinta berkongsi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama di sana.

Pada Disember tahun lalu, pasangan ini mengesahkan bahawa mereka menjalin hubungan cinta. Malah, ibu Zahirah turut merestui hubungan mereka.

Tahniah diucapkan kepada Aiman dan Zahirah, semoga ikatan pertunangan yang dibina kekal hingga ke jinjang pelamin.