Hubungan cinta diantara Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim bukanlah lagi satu rahsia. Sebagai bapa, Zainol Macwilson hanya mengetahui hubungan anak gadisnya itu melalui media sosial namun tidak begitu mengenali Aiman.
BACA: “Bawa Kenal Ibu, Belum Rancang Nak Tunang”
“Nampaknya mereka bukan sekadar berkawan, hubungan merekan kelihatan intim. Namun saya tak berapa kenal dengan Aiman. Saya tak tahu dia budak baik atau tidak. Saya tak tahu hal sebenar kerana orang boleh cerita macam-macam”
Berkenaan hasrat anaknya untuk mengikat tali pertunangan, Zainol berkata, ianya perlu mendapatkan restu daripadanya sebagai bapa dan ibu Zahirah. Pertunangn itu hanya akan berlangsung jika keduanya merestui.
“Memandangkan saya masih hidup, of course the right thing to do kena minta restu ibu bapa. Kalau dua-dua restu, ok. Kalau dua-dua tak restu tak ok. Kalau salah seorang sahaja yang restu pun tak ok juga,” jelasnya.
Mungkin selepas ini Zahirah perlu merancang pertemuan kekasih hati dengan bapanya pula, barulah boleh berkenalan dengan lanjut. Terdahulu Aiman telah bertemu ibu Zahirah dan semuanya berjalan dengan baik. (rtky/w)