fbpx

Aiman Hakim, Zahirah Macwilson Nak Jadi Klon Fattzura?

Baru saja mengikat tali pertunangan Jun lalu, sememangnya ramai menjadikan pasangan Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson sebagai ‘couple goals’. Mana tidaknya, pasangan ini memang sama cantik sama padan.

Sering berkongsikan gambar romantis bersama, bagaimanapun ada netizen mendakwa pasangan itu mahu menjadi klon pasangan paling paling popular iaitu Fattah Amin dan Fazura.

BACA: Aiman Hakim, Zahirah Macwilson Selamat Bertunang

Malah ada yang mempersoalkan satu gambar di mana busana yang dipakai oleh pasangan ini mirip Fattzura.

Namun ada yang berpendapat mungkin penampilan mereka ditatarias oleh stylis yang sama menata Fattzura atau mungkin mereka mengambil inspirasi sahaja.

Seperti sudah dijangka, pasti akan ada netien membandingkan kedua pasangan tersebut dimana ada yang mengatakan Fattzura lebih menyerlah dan eksklusif berbanding Zahirah dan Aiman.

Mungkin kebetulan sahaja jika pakaian mereka nampak sama. Tak mungkin ZahirAH nak jadi klon Fattzura sebab masing-masing ada kelebihan mereka tersendiri. Rasanya peminat pun tak setuju jika ada yang cakap ZahirAH nak jadi macam Fattzura.