fbpx

Status percintaan mereka sehingga hari ini sebenarnya masih lagi kabur walaupun kedua dua mereka mengakui senang dengan hubungan yang terjalin & peminat sendiri boleh menilai keakraban mereka.

Ditanya sekali lagi tentang status hubungan mereka, Aiman Hakim Redza tetap tidak mahu berkongsi lebih lanjut tentang hal ini kerana ianya tidak mendatangkan faedah buat para peminat.

“Seperti saya katakan sebelum ini, ia adalah perkara peribadi yang tiada kena mengena dengan hal kerjaya saya dan tidak berfaedah pun kepada peminat,” ujar teraju utama drama bersiri Diandra ini.

Dalam laporan mStar Online yang sama hari ini, Aiman Hakim Redza turut menafikan khabar angin yang mengatakan beliau di’kongkong oleh Nur Fathia sehingga menjejaskan perjalanan kerjanya.

“Saya tidak tahu daripada mana berita ini timbul kerana setahu saya, sebelum Ramadan lalu hanya satu telefilem yang saya berlakon berjudul Jodoh Jodoh untuk TV9 yang melibatkan kami digandingkan bersama”

“Jika dia ada datang ke set pun bukan untuk melihat atau berjumpa saya tapi kerana hal kerja,” tambahnya lagi.