Aiman Hakim Mengaku Sudah Setahun Bercinta Dengan Nur Fathia
Akhirnya, ada juga kenyataan yang timbul dari mulut salah seorang mereka yang mengesahkan bahawa hubungan mereka selama ini lebih dari sekadar kawan biasa. Ya, kami bercakap tentang Aiman Hakim Redza & Nur Fathia Latiff.
Bercakap kepada mStar Online, Aiman Hakim mengakui yang mempunyai hubungan istimewa dengan aktres Nur Fathia sejak setahun lalu & dengan hubungan istimewa, pastinya status mereka adalah sidang bercinta. Bukan?
#THROWBACK: Nur Fathia Dan Aiman Hakim Ridza Berpeluk Sakan Di KLIA?
“Benar hubungan kami sedang serius sejak setahun lalu dan sebelum ini saya mengelak menjawab pertanyaan itu kerana beranggapan ia tidak manis untuk diperkatakan secara terbuka”
“Percaya atau tidak saya ini seorang yang sangat konservatif dan tradisional apabila berbicara perkara sebegini,” ujar Aiman Hakim.
Bercakap tentang alasan mengapa merahsiakan hubungan mereka, Aiman Hakim berkata yang beliau bimbang dengan kata kata negatif yang bakal dilemparkan orang ramai tentang hubungan mereka berdua yang mungkin boleh menyakitkan hati keluarga masing masing.
BACA: Aiman Hakim Ridza Enggan Komen Bercinta Dengan Nur Fathia
Namun, dalam laporan sama tiada kenyataan dari mulut Nur Fathia tentang perkara ini. Bayangkan betapa seronoknya dunia hiburan jika Nur Fathia berikan kenyataan yang berbeza.
Oh ya, mereka berdua terlibat menjayakan teater Bidasari di Panggung Sari, Istana Budaya yang akan dipentaskan pada 10 hingga 17 Februari ini. Whatever. Bercinta rupanya. (rtky/m)
Fathia dah ada new boyfriend.. 13 Mei 2014 di birthday party kawan kepada boyfriend dia…
betul tu……
Boyfriend mixed.. Irish & Kelantan.. Handsome.. sama cantik sama padan.
saya memang seuju dan akan menjadi orang paing bahagia jika aiman menamakan zaman bujangnya dengan fahia bak kaa seia hujung nyaa
hemm…. betul
same cantik same hemsem same padan…