fbpx

Aiman Hakim Dapat Restu Ayah Zahirah?

Hubungan cinta Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson bukanlah sesuatu yang baru, peminat juga merestui. Menambahkan lagi kegembiraan peminat mereka apabila Zahirah seolah memberi bayangan sudah mendapat restu bapanya.

BACA: “Percintaan Saya dan Zahirah Bukan Gimik”

Menerusi Instagram, Zahirah memuat naik gambar bersama bapanya, Zainol Macwilson dan menceritakan keakraban mereka berdua. Turut meninggalkan komen pada gambar berkenaan, cinta hati, Aiman.

Namun apa yang menariknya Zahirah membalas komen kekasihnya itu, memberi bayangan seolah hubungan mereka sudah mendapat restu bapanya dan bakal ke Perth pula memohon restu ibunya selepas ini.

Untuk pengetahuan ibu kandung Zahirah, Maslinda Yusof kini menetap di Perth, Australia bersama suami barunya selepas bercerai. Bertuah Aiman dapat restu bapa Zahirah, bukan senang, yang dulu pun tak lepas! (rtky/w)