fbpx

Aidil Aziz: Fasha Sudi Terima Dirinya Seadanya

Baru-baru ini, video memaparkan kemesraan diantara pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz ketika berada di lapangan terbang menjadi buah mulut netizen.

Bagaimanapun, Fasha memberitahu hubungan mereka hanyalah sekadar kawan rapat sahaja. Menerusi Instagram, Fasha juga menjelaskan ramai yang suka dia berkawan dengan Aidil. Namun disebabkan pengalaman yang pernah dilalui oleh Aidil sebelum ini membuatkan ramai yang tidak senang dengan hubungan mereka.

BACA: “Ramai Suka Kami Berkawan, Dia Bukan Suami Orang”

Bagi Aidil Aziz pula, dia mengakui sikap terbuka Fasha membuatkan hatinya tertawan dengan wanita itu. Tambahnya lagi, Fasha seorang wanita yang matang dan rasional, malah menerima dirinya seadanya meskipun mengetahui sejarah hitam yang pernah membelenggu dirinya.

“Secara luaran, tidak dinafikan Fasha kelihatan seperti wanita yang berada dalam kategori ‘high maintenance’. Namun, dalamannya dia tidaklah sebegitu.

“Sikap keibuan yang dimiliki Fasha terserlah dalam mendidik dan membesarkan kedua-dua anaknya, bahkan sangat mengambil berat perihal mereka dua beradik,” katanya kepada Utusan Online.

Kata Aidil lagi, dia mengharapkan mereka diluar sana mendoakan yang baik-baik untuk mereka dan jangan menilai seseorang itu hanya dari luaran sahaja.