fbpx

“Ramai Suka Kami Berkawan, Dia Bukan Suami Orang”

Baru-baru ini, video memaparkan kemesraan diantara pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz ketika berada di lapangan terbang menjadi buah mulut netizen.

Bagaimanapun, Fasha enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut. Fasha Sandha memberitahu hubungan mereka hanyalah sekadar kawan rapat sahaja.

BACA: Fasha Sandha: Saya Memang Rapat Dengan Aidil

Namun semalam, Fasha memuat naik gambarnya bersama Aidil dan dua anaknya di Instagram berserta kepsyen seolah-olah menjelaskan status hubungannya dengan pelakon itu.

Menurut Fasha, ramai yang suka dia berkawan dengan Aidil kerana dia bukanlah suami orang dan bukan juga seorang duda. Namun disebabkan pengalaman yang pernah dilalui oleh Aidil sebelum ini membuatkan ramai yang tidak senang dengan keakraban mereka.

Kata Fasha lagi, apa saja komen atau pendapat yang berikan oleh netizen dia menerima dengan hati yang terbuka dan baginya Aidil adalah sahabatnya yang buatkan dia dan anak-anaknya gembira.