Semalam pelakon dan model, Ahya Rosli selamat melangsungkan majlis resepsi perkahwinan yang bertemakan konsep traditional. Namun apa yang menjadi bualan, persembahan tarian bogel ketika makan beradab berlangsung.

BACA: “Saya Bukan Playgirl, Masih Solo”


Menerusi Instastory kakak kepada Ahya, Liana Rosli, beliau telah memuat naik beberapa siri video seorang lelaki yang menyerupai wanita, berpakaian ala-ala bikini, lincah menari seksi di depan tetamu.

Perkongsian itu mengundang kecaman netizen yang mendakwa tarian tersebut tidak sesuai dengan majlis resepsi yang diadakan, apatah lagi majlis terbabit bertemakan konsep traditional Melayu.




Bagaimanapun lain pula pendapat Ayha selaku pengantin lelaki yang berpendapat, tarian itu sekadar hiburan sahaja buat tetamu yang hadir pada majlis persandingannya semalam, dan tidak perlu diperbesarkan.

“Saya tak kisah apa orang nak kata mengenai majlis persandingan saya. Persembahan itu sekadar hiburan sahaja. Suka hati saya la nak panggil siapa buat persembahan. Itu kan majlis perkahwinan saya, yang keluar duit bukan netizen,” jelasnya.

Lain macam pula persembahan jemputan majlis persandingan Ahya. Apapun tahniah diucapkan kepada Ahya dan isteri, Shahirah Sanusi, semoga perkahwinan yang dibina berkekalan selamanya. (rtky/w)