fbpx

Ahmad Idham Dilantik CEO Baharu Finas

Nampaknya teka-teki mengenai siapakah yang akan menerajui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) terjawab apabila pengarah dan penerbit filem, Ahmad Idham dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baru.

Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Gobind Singh Deo dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Berkuat kuasa sejak 11 Mac lalu, jawatan itu akan dipegang oleh Ahmad Idham selama dua tahun bagi menggantikan Shakib Ahmad Shakir yang bertindak selaku pemangku selama empat bulan lalu.

Untuk rekod, Ahmad Idham memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) mempunyai kepakaran serta pengalaman lebih 25 tahun dalam industri kreatif.

Antara filem terkenal yang pernah diarahkan oleh Ahmad Idham antaranya Jangan Pandang Belakang, Remp-It, Mr. Cinderella, Adnan Sempit dan Hantu Wangan.